Tuesday, July 1, 2014

Me, Line and hooks..




Intro dulu.

Macam biasa, semua orang mesti mula hobi memancing dari kecik, sama macam aku jugak. Tapi apa yang buatkan aku rasa boleh aku kongsikan dalam penulisan ni ialah pengalaman hepi, takut, menyesal dan lain2 lagi. Nama Aku Fariq , dilahirkan di Alor Setar Kedah, umur 30an, dah kawin, ada anak pompuan sorang sekarang umur dekat 2 tahun. Kerja aku adalah berkaitan Video, Shooting...editing..dan lelain lagi lah . Sekarang aku adalah seorang Cameraman dan Editor untuk DVD Majalah Sirip dan Kingfisher.Apa yang akan aku ceritakan dalam blog ni ialah apa yang aku lalui dalam kehidupan dunia pancingan.


Bermula dari Johor.

Dulu aku bekerja di KL..tapi mungkin dah lama sangat kat sana...aku buat keputusan untuk mulakan hidup baru kat Johor. Mak aku orang johor, dan ramai saudara2 aku kat johor, Nenek aku pun kat sini. So aku pindah la dok johor. First time sampai sini, aku memang takdak sorang pun kawan. sampai aku boleh sembang dengan kucing kat umah nenek aku. Sampai la aku beli Celcom broadband.....

Aku kerap jugak memancing kat KL dulu..tapi kolam je la..sebab aku pun tak banyak kaki melainkan membe aku si razi tasik sri rampai yang banyak bawak aku mancing. boleh kata aku memang tiap malam Kat kolam Sri Rampai dulu . kumpau? takyah cakap la..so dipendekkan cerita, aku bawak la set mancing kolam bersama aku ke Johor...dan aku start cari info mancing di internet, aku jmpa la forum yang macam dah lama tak ber update..tgk hasil, spot dan sebagainya. Tempat pertama aku pegi ialah Kolam Kulai..yang sekarang kitorang panggil kolam megatron..iaitu kolam air tawar yang menempatkan pelbagai spesis monster. Arapaima , Patin belas2 kilo, pacu besar tayar lori, Keli?? beribu dalam tu....dengan confidentnya aku pakai dedak yang selalu aku amalkan kat KL...naik la banyak keli2 saiz 6-7kg..hepi kemain..sampai la india keja sana tegur aku...dia kata keli ni orang tak mancing..sini mancing patin besar2..pastu dia tengok set aku dia cakap "adik..tengok belakng semak tu..banyak rod" aku pun ushar la..memang betul..banyak rod kat situ..tapi yang dah patah 4-5 section...hahahha. start tu..aku mula pikir..aku kena carik membe gak kat johor.

Join Forum.

Aku join satu forum ni..dan kat situ aku sibuk carik sapa la yang dekat ngan aku untuk ajak minam2 ni...asal comment kat situ je mesti aku ajak orang minam..asal coment je mesti ajak ngeteh..sampai la seruan aku disambut oleh seorang kawan yang bernama Pitt.. dia ajak aku mengeteh..dia kata ada ngeteh mega kat bandar putra kulai..kedai member nama Ali. Kat situ aku jumpa ramai...yang sampai sekarang jadi kawan dan ada yang berselisih sampai tahap tamau tegoq dah. Situ aku kenal Wak, Zonker, boy, Alzumin, Arwah Rosman, Channa, Ajeem, Hairie Ganu dan 'lelain'.

Disitu lah bermula kehidupan aku yang semakin extreme dalam pancingan....